💰 Ready for more? Get access to premium rewards and deals now →

(Sponsored link — unlock global deals instantly)

PGA tahan dua lelaki dan rampas 35 ekor lembu disyaki dibawa masuk dari Thailand tanpa dokumen bernilai RM245,000 di Chuping.

KANGAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki serta merampas 35 ekor lembu dipercayai dibawa masuk dari Thailand tanpa sebarang dokumen pemindahan haiwan ternakan dianggarkan bernilai RM245,000 di Chuping dekat Padang Besar.

Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim berkata lelaki berusia 23 dan 49 tahun itu ditahan bersama sebuah treler oleh sepasukan anggota Kompeni A, Batalion 1 PGA, Ulu Kinta, Perak yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kilometer (KM) 24 Chuping pada 6 petang.

Beliau menyatakan PGA menahan dua lelaki itu bersama treler jenis HINO kerana mengesyaki mereka memindahkan haiwan ternakan tanpa sebarang dokumen yang sah.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 35 ekor lembu di bahagian belakang treler yang disyaki untuk pasaran tempatan.

Pemandu treler tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan haiwan ternakan yang diperlukan.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk treler dan lembu itu berjumlah RM645,000.

Kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan berkaitan pemindahan haiwan tanpa kebenaran. – Bernama

 The Sun Malaysia

💰 Ready for more? Get access to premium rewards and deals now →

(Sponsored link — unlock global deals instantly)

About the Author

Danny H

Seasoned sales executive and real estate agent specializing in both condominiums and landed properties.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}